I See Life In Different Perspective After...

Monday, October 03, 2016



Assalamualaikum semua !

Actually aku agak jarang jugak share life events dekat blog ni. Tapi hari ni saja nak tulis dalam blog so that aku boleh baca balik bila aku dah tua nanti. At least aku boleh bagitau my future child or grandchild yang mama or nekma dorang penah rasa jerih perih kehidupan di kota.


Aku pasti semua orang mesti ada rasa nak travel the world kan? Aku dan kawan aku adalah merancang perkara yang sama. Jadi apa yang paling penting? Semestinya duit. Hahaha

Walaupun plan nya jauh lagi, tapi duit kena standby dari sekarang lah. Yedok? 


Memandangkan gaji aku ni hanya cukup untuk tampung kehidupan di kota yang serba serbi mahal sekarang ni. Jadi aku perlu mencari alternatif baru dalam membuat saving untuk travel. Saving for travel mesti diasingkan dari retirement saving. Kalau tidak, nanti merana di hari tua. Makanya lahirlah #projektabung

Ok. Back to tujuan aku menulis entri ni. Last week aku buat part time untuk merasmikan #projektabung aku. Benda senang je. Just distribute freebies kepada public. I have never imagine to do this job in my entire life before this. Even as a student before pun aku tak pernah buat part time. But disebabkan aku memang nak cari side income untuk tabung travel, so aku terjebak la dalam kerja partime ni.

Masa tengah bekerja ada la jugak aku feeling macam heroine drama korea yang selalu buat part time ... Cumanya aku tak berjumpa dengan hero anak orang kaya pemilik pasaraya yang aku pergi distribute barang tu. Jadi adegen kena hina dengan hero takde lah... :D

Tapi sepanjang kerja part time yang aku buat aku banyak belajar erti kehidupan. Aku rasa lebih menghargai kepayahan. Aku lebih memahami orang yang susah. Kalau sebelum ini, aku jarang fikir kesusahan orang yang berdiri berjam- jam semata- mata nak bagi flyers yang aku selalu tak mau ambil pun. Aku juga lebih faham rasa penolakkan orang. Yelah nak bagi benda free pun orang tak mau ye. Kalau sebelum ni aku yang selalu jual mahal tak mau ambil. Ya, selepas ni aku akan lebih faham mereka dan usaha mereka dalam mencari wang.
Tapi benda yang seronok pasal part time ni mestilah dapat duit. Actually aku buat 2 kerja part time weekends lepas;- distributes freebies and survey calls.

Survey calls? Yupp! Aku pun macam tak percaya yang aku akan buat kerja ni. Aku pernah tulis entri yang aku pernah ada phonenophobia...but surprisingly aku amik job ni kan? Hahaha... After all nampaknya aku dah lebih yakin untuk bercakap telefon dengan orang yang aku tak kenal.

Pengalaman hidup memang boleh mengubah seseorang kan?
Kesimpulannya aku dapat lihat kehidupan ini dalam konteks yang berbeza melalui pengalaman part time last weekends.

Jadi kalau korang ada rasa nak tambah pendapatan buat lah apa kerja pun. As long as mengikut undang-undang dan halal. Jangan malu sebab kita bukan mencuri.


P/s: kalau korang nak menyumbang dalam #projektabung aku bolehlah korang klik klik mana mana ads yang ada kat blog ni ye. Sayang korang ! 


Ok till then. 
-xoxo-

You Might Also Like

12 comments