Insomnia | Sukar Tidur Malam?

Tuesday, December 27, 2016

Tahukah anda, orang yang mempunyai masalah sukar tidur mempunyai kecelaruan fungsi otak dan daya ingatan yang lebih lemah?

Ini punca kenapa anda sukar tidur malam dan cara atasinya 

Pernah tak korang mengalami masalah sukar tidur malam? Susah betul nak tidur sampai kadang kala mengambil masa sehingga 3, 4 jam untuk tertidur. Bila dah susah nak tidur keesokkan harinya badan kita akan menjadi letih disebabkan kekurangan tidur. Dari konteks perubatan, masalah sukar untuk tidur malam ni dinamakan sebagai Insomnia.

punca insomnia
 
Ketika zaman universiti dulu memang aku kerap mengalami masalah insomnia ni sebab suka sangat jadi burung hantu. Bila dah bekerja ni jarang umtuk susah nak tidur malam. Pantang baring atas katil je tertidur...spesis nobita betul. But lately aku susah nak tidur malam. Kadang sampah 2,3 jam baru boleh terlelap. Adakala sampai ke subuh. Ishhh stress!

Sebelum aku kongsikan tips untuk rawat insomnia, apakata kita tengok dulu sebab mengapa insomnia terjadi. 
Insomnia
/ɪnˈsɒmnɪə/


sleeplessness, wakefulness,restlessness; 

Punca sukar tidur malam / insomnia


Faktor psikologi
⇛Tabiat / pola tidur yang tidak sihat (lifestyle)
⇛ Bahan-bahan tertentu (kafien, dadah ,dll)
⇛Faktor biologi
⇛Masalah dengan bahagian otak
⇛Masalah kesihatan ( resdung, asma, sakit piggang, dll)

Kebanykkan orang dewasa banyak hadapi masalah sukar insomnia. Ohh dah dewasa ya aku. Lol. Kenapa golongan dewasa kerap hadapi masalah sukar tidur ya? Ini adalah  disebabkan oleh kebimbangan yang banyak.

Stress, bimbang tanggungjawab kerja, bimbang pengurusan kewangan, bimbang tak kahwin lagi..ehh..hahahha.

Kebimbangan boleh dikaitkan dengan permulaan insomnia (sukar tidur malam) atau penyelenggara insomnia (terjaga waktu malam dan sukar untuk kembali tidur)

Cara untuk rawat masalah sukar tidur malam / insomnia tanpa perlu pil tidur

01 Ubah lifestyle
Jangan amalkan buat kerja dirumah pada waktu malam. Cahaya komputer juga akan menyebabkan otak sentiasa berjaga-jaga. Alert mode

Banyakkan bersenam untuk badan yang lebih sihat dan cergas. Bila kita dah bersenam di petang hari, pasti kita akan dapat tidur yang lebih lena sebab nal recover balik tenaga yang hilang.

02 Jaga pola tidur.
Jangan tidur petang / selepas asar. Ia akan menggangu pola tidur dan otak korang tak dapat baca pola tidur yang berubah-ubah. So korang cuba tetapkan jam berapa harus masuk tidur !

Elakkan tidur sebentar @ nap pada waktu petang (selepas asar)

03 Jaga pemakanan
Jangan mengambil kafien/alkohol/nikotin dan makan terlalu banyak pada malam hari. Makanan berat atau banyak pada sebelah malam akan menyebabkan tidur yang terganggu.

04 Elakkan berfikir ketika baring @ bersedia untuk tidur.

Kalau fikirkan terlalu banyak perkara akan menyebabkan kita sukar tidur dan menjadi stress. Eloklah ganti dengan berzikir dan berselawat. Mendengar musik lembut atau radio juga boleh membantu korang lebih mudah tidur.

*aku suka fikir macam-macam sebelum tidur, tu yang susah nak tidur!

05 Segarkan badan
Aku tak pasti tips ni berkesan untuk korang atau tidak. Aku akan mandi if aku tak dapat lelapkan mati. Lepas badan bertambah segar, aku lebih mudah terlelap.

06 Tutup lampu ketika tidur
Tahukah anda kita memerlukan keadaan yang gelap ketika tidur bagi membolehkan beberapa aktiviti badan berfungsi dengan baik ketika tidur?

Ada juga yang mengatakan bahaya kepada kesihatan badan jika tidur dalam keadaan lampu terpasang. Boleh menyebabkan kanser?! seriously...siapa yang suka tidur tak tutup lampu tu eloklah hentikan ye. 


Apa yang korang lakukan jika mengalami masalah sukar tidur malam? Kongsikan tips di kotak komen dibawah. 


Thank You For Reading This Post ! Komen lah sikit =)

You Might Also Like

5 comments

  1. thanks nadia for info..irda dulu sukar tidor malam bila nak dating esok hari..haha skrg letak kepala trus tido..kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. neves la tu nak date esoknya..sbb tu xleh tido..

      Delete
  2. Saya ada imsomnia~! Penat betul pusing pusing,tapi tak lelap2, esok pagi bangun letih.

    ReplyDelete
  3. tapi kalau selalu tidur lambat sebab hadap blog mcm mana pulak eh? ahhahahaa

    ReplyDelete
  4. Mintak dijauhkan.. seksa kalau susah nak tidur ni..

    ReplyDelete