Takut gagal & 7 tips untuk atasi
Wednesday, January 18, 2017
Wordless Wednesday? Tapi hari ini zety nak wordy Wednesday lah.
Pernah alami perasaan takut gagal sehingga memutuskan untuk tidak mencuba?
Pernah alami perasaan takut gagal sehingga memutuskan untuk tidak mencuba?
Tips 1- POSITIF !! BERHENTI FIKIRKAN ANDA AKAN GAGAL.
Kosongkan fikiran dari memikirkan "kalau aku gagal". Sebaliknya fikirkan "apa yang akan aku lakukan seterusnya jika aku BERJAYA" . Sebenarnya otak kita memproses apa yang kita fikirkan dan seterusnya akan mengilhamkan dalam bentuk perbuatan. Jika kita memikirkan perkara yang positif seperti KEJAYAAN, ia pasti akan membuatkan kita berasa dan bertindak ke arah yang positif.
Tips 2- PERSEDIAAN.
Jika kita bersedia pasti kita akan merasa lebih berkeyakinan. Walau dalam apa jua perkara sekalipun, persediaan adalah perkara utama yang perlu kita titik beratkan.Persediaan dari segi fizikal dan mental adalah penting untuk mengelakkan kita berasa takut gagal. Buatlah pembacaan, latihan, perbincangan dan sebagainya sebagai persediaan sebelum melakukan perkara yang sebenar.
Tips 3- ZON SELESA?
Keluarlah dari zon selesa anda sekarang!! Beranikan diri untuk keluar dari zon selesa dan lakukan perkara yang baru. Zon selesa ini merupakan antara faktor paling utama yang menjerat anda untuk berjaya. Bagaimana caranya? Sebagai contoh, jika anda tinggal bersama keluarga, anda perlu keluar dan cuba hidup berdikari. Usah risau. Semua orang dilahirkan dengan kebolehan survivor. Jika seseorang berada dalam keadaan terpaksa pasti kemahiran survivor anda akan keluar secara semula jadi. Inilah uniknya manusia !
Tips 4- ROLE MODEL. IDOLA.
Cari idola anda dan tiru apa yang idola anda lakukan. Cara ini merupakan cara mudah bagi langkah permulaan untuk kita atasi perasaan takut. Percayalah cara ini akan membuatkan anda berasa lebih yakin.
Tips 5- PROSES PEMBELAJARAN.
Yakinkan diri bahawa kegagalan juga merupakan satu proses pembelajaran. Tiada orang di dunia ini yang tidak pernah merasakan kegagalan. Jadi, cubalah bertenang dan menerima kegagalan sebagai satu proses pembelajaran yang akan menjadikan diri kita lebih matang. Chill !
Tips 6- SET YOUR GOAL !!
Catat perancangan anda dan ikutlah perancangan yang dibuat. Perancangan yang teratur akan membantu kita untuk menghilangkan perasaan takut gagal. Ini kerana kita sudah mengetahui apa tindakan yang perlu kita lakukan.Ini akan mengelakkan kita merasa gugup dan cemas. Kebiasaannya perancangan yang jelas merupakan antara faktor kejayaan seseorang itu. Kita sering lihat orang yang berjaya adalah orang yang ada perancangan. Jadi, set your goal !!
Tips 7- SOKONGAN
Percaya atau tidak, sokongan daripada orang sekeliling akan mengurangkan perasaan takut gagal dan akan membuatkan kita merasa lebih berani. Mintalah sokongan dari keluarga, teman atau orang yang tersayang untuk mendokong anda. Sokongan daripada mereka akan meningkatkan kepercayaan diri anda.
Tips bonus! Dapatkan sokongan spiritual. Berdoalah kepada sang pencipta dan mintalah supaya anda diberi kekuatan, dipermudahkan urusan dan dihilangkan perasaan takut gagal yang menghalang anda untuk bertindak.
Selamat mencuba dan semoga anda beroleh kejayaan .
15 comments
salam kenal.. setahun lepas mmg mama jadi seorang negatif. tapi sekejap jer lepas tu mama redha.. Good tips. mama follower 273
ReplyDeletehi mama, tq jadi follower zety
DeleteKegagalan tue pemangkin untuk terus berjaya. Org yg berjaya skrg nie semua penah alami kegagalan. Biar gagal pada permulaan jgn gagal di pengakhiran.❤
ReplyDeleteBetul tu...yg membezakan adalah bagaimana kita terima kegagalan tu..
DeleteTapi..itulah kadang2 easier said than act
nak keluar berdikari tetapi banyak perkara yang harus difikirkan. modal kena ada juga :)
ReplyDeleteBetul juga...tapi kdg2 benda kecil2 yg kita overthinking akan jadi penghalang kita...
Deletenice tips! keluar dari zon selesa is so hard. guess kena set goals little by little then!
ReplyDeleteBetter small than nothing at all :)
DeleteGo go zety! rasa macam kena scold di telinga seeing ur writing with lots of !!! XD
ReplyDeleteNi peringatan utk zety jgk..
DeleteMmg kadang lagi senang ckp drp nak buat..heheh
Salam Perkenalan Tuan/Puan/Dato
ReplyDeleteBlogger kembali menaip.
Mohon Exchange bloglist.
http://wanfaizumi.blogspot.com
Salam perkenalan jugak.. Insyaallah saya akan buat kunjungan ke blog awak
DeleteHmmm tahun ni nak set goal dalam dunia blogging - hmmm 24 kosong .. amacam?
ReplyDelete..
Jom Kerja Dari Rumah dengan iLancee
nice sharing zetty..i will hadam.every single word..
ReplyDeleteterbaikk laa tips ni.. terus rasa bersemangat..
ReplyDelete