Apa Beza ETS Gold vs ETS Platinum

Monday, August 15, 2016

 Assalamualaikum and hello my dearies.

Whats up my hunny bunny blog readers and blogwalkers? Memandangkan last weekend aku pulang ke kampung halaman menaiki ETS jadi untuk entri kali ini aku ingin kongsikan pengalaman dan tips untuk perjalanan menggunakan ETS. Isu tempat duduk memang kadang-kadang menggangu perjalanan kita. Jadi aku akan kongsikan tips memilih seat ETS juga.

ETS ada beberapa kelas yang harga tiketnya berbeza-beza -kelas Silver , Gold dan Platinum . Btw, ETS Silver tiada untuk perjalanan ke padang besar. Tapi kalau korang nak baca lebih lanjut mengenai ETS, bolehlah lawat website rasmi KTMB.

Aku berpeluang untuk merasai kedua-dua kelas perjalanan ini. (Sebenarnya nak amik yang murah je, tapi ticket was sold like a hot cake)

Bagi aku, kedua-dua jenis kelas perjalanan ini tidak mempunyai banyak beza. Takdenye kelas Platinum kau dapat layanan or coach istimewa macam kalau naik flight yang first class/business class dengan tiket ekonomi yang selalu kita beli tu. Nope! sama hokey. Sebab apa sama? Sebab masih menggunakan train/koc yang sama dan laluan yang sama.So apa beza kalau macam tu?

Apa Beza ETS Gold Class vs ETS Platinum Class

Harga

# ETS Gold  (KL Sentral - Sungai Petani) -  RM 68 (ticket biasa)
# ETS Platinum (Sungai Petani - KL Sentral) - RM 90 (tiket biasa) 

Snack

# ETS Gold - Tiada
# ETS Platinum - Ada

pramugari/pramugara tengah nak agih coplimentary snack

what's in the paper bag

Tapi complimentary snack ni tak menyeronokkan aku pun sebab berbezaan harga antra tiket agak besar, But complimentary snack dia just meh. Aku expect la kot dapat meal macam nasi lemak/nasi tomato. hukhukhuk

Jumlah Hentian

#ETS Platinum (Sg.Petani -KL Sentral)  5 Hentian.
#ETS Gold -  (KL Sentral - Sg Petani) - 25 Hentian

Tapi beza masa perjalanan  takde lah jauh sangat sebab kalau Platinum mengambil masa 4 jam dan Gold pula hampir 5 jam. walaupun banyak hentian. Maybe kelajuan untuk Gold lebih tinggi sebab tu masa sampai lebih kurang je

"yang membezakan ETS Gold dan ETS Platinum adalah jumlah hentian"

Tips dan Panduan Pilih Seat ETS


Tahukah anda yang seat dalam ETS mempunyai dua arah, satu akan mengadap ke utara dan satu mengadap ke selatan! 

Bagi sesetengah orang pemilihan seat sangat penting sebab perjalanan yang panjang dengan arah yang bertentangan boleh buat rasa mual dan pening kepala. Jadi kat bawah ni layout seat ETS yang korang boleh rujuk bila nak book tiket. Yes, korang boleh pilih seat ketika book tiket online.

Dengan panduan ini, harap korang tak pening sepanjang perjalanan.



credit lensakami.com

Pengalaman menaiki ETS yang mengujakan.

Actually ini merupakan kali pertama aku menaiki ETS, jadi wajiblah esaited kan. ETS ni sangat selesa berbanding train yang biasa aku naik (senandung langkawi-koc tidur) . Walaupun ETS koc semua duduk, but seat dia sangat selesa. Ruang antara seat pun besar jadi bleh lah adjust seat sesuka hati. heheh... Seat pula disediakan personal table yang boleh dibuka. So korang boleh update blog or tengok movie ataupun makan

Since ini perjalanan pertama bersama ETS, keterujaan aku menyebabkan aku gigih mengharungai perjalanan dari koc A ke Koc C (F&B cafe) untuk jenguk-jenguk apa yang ada. Bila sampai cafe, terus order nasi lemak pak lupa nama. Sebab suka dengan Nasi Lemak Pak Naseer Air Asia, so why not try nasi lemak ETS kan? Dah dapat nasi lemak pair dengan kopi panas, maka harungi balik ke Koc A. 

RM11 - set nasi lemak & kopi panas.

Not bad nasi lemak dia cuma takde telur rebus, ikan bilis, kacang , timun. Portion dia pulak kecil jika dibandingkan dengan nasi lemak AA.

Overall sangat menyukai perkhidmatan ETS. Seat selesa, air-cond best tapi kalau harga murah sikit, kelajuan ditambah dan lebih banyak trip ditambah mesti lagi best. Takdelah tiket asyik habis je. Btw  untuk tempah tiket korang boleh walk-in ke kaunter atau tempah online. Aku pilih tempah online sebab mudah. Kalau nak tempah boleh tempah sini : online ets

You Might Also Like

34 comments

  1. A really good tips.. Boleh refer balik if nak naik ETS nanti. Tq share :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, thx .. glad that this post can benefit others

      Delete
    2. HAIII....awak mmg suka travel ea

      Delete
  2. Assalammualaikum.

    Tahun lepas, org tua saya beberapa kali juga berulang alik balik kampung dgn ets ni. Mula2 tu tak faham juga apa bezanya, dah berkali naik baru fhm,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. lepas ni boleh la kongsikan tips n pengalaman awak pulak =)

      Delete
  3. tu la masa mula2 dlu tertanya2 gak apa beza silver & gold. tgk train sme je pun. tp mase tu trip dr kl ke ipoh je yg ada..tak pernah lngsung bli mknan dkt cafe dlm ets atau keretapi biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silver stop semua stesen mcm komuter. Silver buat masa ni cuma ditawarkan utk ipoh-KL je. D sektor utara digantikan dgn komuter

      Delete
  4. nak tanya ..macam mana nak pilih seat tu supaya tak ke arah bertentangan?kalau saya nak balik ke perak,saya kena pilih north la ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, pilih north supaya bergerak seiring. Tapi kalau tersilap pilih jgn risau ada tirai boleh tutup tingkap tu

      Delete
    2. supaya tidak duduk terbalik,

      kalau dr KL Sentral ke Arau kena pilih North..
      kalau dr Arau ke KL Sentral kena pilih South..

      betul kan?

      Delete
  5. tempat letak beg cemana ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rak letak beg disediakan disetiap koc dan ada cabin beg diatas macam flight if saya xsilap ..lupa dah...

      Delete
  6. KALAU DARI KL SENTRAL KE BUTTERWORTH, NA PILIH SOUTH KE NORTH YE SUPAYA XPENING?I MEAN SUPAYA SEIRING JE SEAT KITE DGN PERJALANAN..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

    Satu perkongsian menarik tentang servis ETS yang anda gunakan. Saya ingin kongsikan sedikit posting saya tentang BAS VS ETS SHAH ALAM – BUTTERWORTH . Harap dapat datang untuk jenguk-jenguk blog saya JYWRITE

    Sekian Terima Kasih
    JYWRITE

    ReplyDelete
  8. hi,
    saya agak confuse between Platinum & Gold. adakah Platinum & Gold adalah kereta api yang sama? anyone can explain? dah nak pecah kepala dah fikir ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta api yang sama cuma yg beza jumlah hentian ja

      Delete
  9. kalau nk ambik dari kl sentral ke arau
    tempat duduk nk kene menghadap mane eh ? utara ?

    ReplyDelete
  10. Nasik lemak pak roslan rm8.
    Air mineral kecik rm 2.
    Kopi/teh x igt brapa rm2 gak kut.

    Kalau beli kombo nasi+air=rm9

    Anyway aku pelanggan setia ets utk ke mesyuarat HQ/kursus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh pelanggan setia ets jugak.. nnt raya haji pun balik naik ets jugak 😬😬

      Delete
  11. Sis Zety
    Kalau nk seat yg saling berhadapan tu nk pilih yg mana ye?sy x prnah naik ets.bru nk cuba.
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awww seat yg berhadapan ehhh..xperasan pulak cmne selalunya seat yg plg hadapan pada setiap coach

      Delete
  12. Bole bawa makanan dari luar x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer..setakat ni xkena marah la pulak.. tapi sign ada la ckp no outside food allowed

      Delete
  13. Thanks for info...sgt membantu.

    ReplyDelete
  14. Thanks for this useful tips!

    ReplyDelete
  15. Nak tanya.yang coach a,b,c,d,e,f,tu.yang mana coach paling depan tak nak dapat coach palik belakang

    ReplyDelete
  16. Penerangan yang clear.. cuma nak tempah online tu, mcm lousy sebab xde data. Pelik ktmb ni.. So boleh tempah thru busonline.

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum..nak tanya ..macam mana nak pilih seat tu supaya tak ke arah bertentangan? kalau dari kl - alor setar & alor setar - kl?

    ReplyDelete
  18. yess .. suka nek platinum sbb cpt sampai walaupun mahal

    ReplyDelete
  19. Salam. Saya nk tnye. Ets gold berhenti tak kat perhentian sungai buloh?

    ReplyDelete
  20. Salam. Saya nak tanya kalau naik ets platinum dari sg petani to kl central than saya nk turun kat sg buloh boleh ke??

    ReplyDelete
  21. Tq sangat menbantu bab pemilihan seat tu 😘😘😘

    ReplyDelete