Bagaimana Untuk Menjadi Cantik dan Berkeyakinan ?

Monday, April 18, 2016

 
Tips untuk cantik | Assalamualikum and hello peeps ! 
 
I hope all of you are doing great coz I am! Entri ini adalah kesinambungan pada entri yang lepas. Kalau belum baca boleh cepat-cepat klik sini okeh?  

Adakah anda selalu mengidamkan untuk menjadi secantik movie stars ataupun secantik popular kids di sekolah/pejabat? Well, percayakah anda untuk menjadi cantik, kita tidak perlukan mata yang bundar, tubuh yang lansing bak supermodel dan kulit yang putih bak bintang korea? Ya betul, baca 10 tips dibawah jika ingin tahu.


Langkah 1 : Jadilah diri sendiri

Walaupun kedengaran cliche, tetapi ini adalah langkah yang paling asas. Tiada cara untuk kita kelihatan cantik jika kita sendiri pun  tidak gembira menjadi diri sendiri. Betul tak? Jadi tonjolkan diri yang sebenar dan janganlah cuba untuk menjadi orang lain. Tetapi, tidak salah untuk kita menjadi seperti idola kita jika ia adalah satu perubahan yang positif.

Langkah 2 : Percaya bahawa anda cantik - ya, aku cantik!

Kita haruslah bersyukur yang kita telah diciptakan dengan sempurna.  Semua orang adalah cantik dengan acuan yang tersendiri. Tiada orang yang didunia ni yang dilahirkan hodoh sehodoh hodohnya. Kalau hodoh perangai tu ada lah..heheh

Langkah 3 : Kecantikkan dalaman akan memancarkan kecantikkan luaran.

Ya! Kalau hanya cantik luaran tetapi tidak pada dalaman (hati) siapa sahaja yang akan mendekati  kita kan? Jika kita hanya cantik fizikal tetapi bersikap kurang ajar, adakah itu cantik namanya? Tentu sekali tidak. Kecantikkan fizikal boleh dimamah usia, tetapi kecantikan peribadi adalah yang kekal. Kita pasti akan kelihatan cantik jika peribadi kita juga cantik.

Langkah 4 : Senyum

Hati yang sedang marah pun akan sejuk kalau kita mendapat senyuman yang ikhlas, betul tak. Jadi nak cantik ni kenalah sentiasa senyum. Lagipun senyum ni kan sedekah. Senyum, senyum selalu.

Langkah 5: Menjaga penampilan

Luangkanlah sedikit masa dan wang dalam menjaga penampilan anda. Penampilan penting kerana ia mencerminkan siapa diri anda. Kebersihan kuku, muka, rambut mestilah di jaga, barulah kelihatan kemas dan cantik. 

Langkah 6: Bersosial

Kita kenalah banyak bergaul/bersosial barulah keyakinan diri boleh dibentuk. Banyak bertemu orang pun akan menambahkan keyakinan diri. Bila kita yakin, kita akan kelihatan lebih cantik. Sebab tu lah pepatah kata, "confident is beauty"

Langkah 7 : Cara hidup yang sihat
Healthy life style ! Mulakan gaya hidup yang sihat! Healthy diet dan jangan lupa untuk bersenam. Walaupun aku malas bab bersenam. Kita juga mestilah sentiasa berfikiran positif !

Langkah 8: Mantapkan diri dengan ilmu pengetahuan
Orang yang bijak ni selalunya akan kelihatan cantik. Siapa setuju? Pembelajaran ini adalah sepanjang hayat, so belajarlah sehingga ke liang lahad.

Langkah 9: Be yourself
yup! jadilah diri sendiri. Kalau anda gembira menjadi diri sendiri pasti kecantikkan akan terpancar pada wajah anda dengan sendirinya. 

Langkah 10 : Cuba korang senaraikan dalam ruang komen ini pula.



Thank You For Reading This Post ! Komen lah sikit =)

You Might Also Like

6 comments

  1. Wah nice sharing dear ! :) Betul tu, jika cantik luaran maka akan cantik dalaman.

    ReplyDelete
  2. kena positif.. everyone is beautiful
    http://www.tashaqisha.com/2016/04/ushaa-beauty-servis-sewa-fanpage.html

    ReplyDelete
  3. tips wajib baca. heheh. yg penting mesti yakin pada diri dan bersikap positif.

    Langkah ke 10 pula apa ye,...cukup dah kot langkah2 atas ni..hiks

    ReplyDelete