Tips Penting Jika Kereta Redah Banjir , Apa Perlu Buat?

Monday, April 25, 2016


 
Kereta tidak boleh start selepas redah banjir | Assalamualaikum and hello readers!
Harini aku nak kongsikan tips yang sangat berguna dengan pembaca semua. Mungkin tips ini anda pandang enteng tapi bila dah terjadi pada diri sendiri pada ketika yang kita tak jangka, barulah menyesal tak nak ambil tahu tips-tips penting ni. Ya aku dah menyesal sekarang! Kalau tak mau menyesal seperti aku jom baca tips ni.


Actually perkara ini telah berlaku kepada aku harini. Semalam aku terpaksa mengharungi jalan yang banjir kilat. Nasib aku sempat jumpa lorong tinggi, untuk switch road, kalau tidak terpaksa terus harungi jalan banjir tu. Banjir hampir separuh tayar! Awal-awal pagi kereta dah buat hal tak boleh start. Tapi selamat selepas cuba beberapa kali boleh jugak start. Maka aku pun pergilah kerja dengan hati yang girang. Yelah, hari ini kan first day lapor diri di tempat baru. Then, masa nak balik kerja baaammm kereta tak boleh start.!! gelabah biawak jugak dibuatnya. Dah la jauh dari parents, kawasan baru yang masih belum familiar memang kena independent lah . Selamatlah area-area aku bekerja ni banyak bengkel kereta...maka berjalanlah aku melintasi lampu isyarat ke seberang jalan untuk mendapatkan pertolongan. Ok cukup intro sadis aku, jom tengok tips penting ini.

Tips penting memandu ketika banjir kilat:
  • Jika boleh elak daripada redah banjir, seelok-eloknya elak lah. Jangan fikir kereta dihadapan anda lepas, kereta anda juga boleh lepas. Macam kes aku semalam, aku tak tahu jalan alternatif sehinggalah aku jumpa susur keluar kalau tak silap-silap aku harungi jugak banjir, yelah tak kan nak berhenti tengah jalan.
  • Jika satu-satunya jalan keluar adalah dengan mengharungi banjir tu, pandu dengan perlahan-lahan pada gear rendah/gear 2 ( dalam 20km/h) pada kelajuan yang tetap dan jangan lepaskan minyak, teruskan revving engine kenderaan anda sebab air boleh masuk melalui ekzos dan kotak angin. Bagi kereta manual, jangan tukar-tukar gear ketika meredahi banjir dan bagi yang automatik kekalkan pada D atau lebih rendah. Kenapa aku tak tahu tips ni!! menyesal!
  • Jangan panik dan cuba memandu laju. Memandu laju dalam banjir boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman dan boleh menyebabkan aquaplaning (tayar kenderaan berada atas air bukan atas jalan) Arghhhh! aku panik dan cuba memandu laju. damnnn!!
  • Kalau terjadi juga aquaplaning ni, pegang kuat dan kemas steering anda dan lepaskan pedal minyak sampai tayar tu grip balik jalan.
  • Jangan memandu melawan arah traffic, kalau terpaksa juga, biarkan kenderaan dari arah bertentangan tu lalu dulu, baru anda lalu.
  • Setelah berjaya mengharungi banjir, uji break anda dahulu. Mula-mula tekan break sampai anda yakin brek tu berfungsi, lepas tu pegang steering dengan kuat dan tekan brek sedikit-sedikit untuk beberapa kali bertujuan untuk mengeringkan brek anda.
  • Kalau kereta korang telah dikelilingi banjir, tinggalkan kereta cepat-cepat dan terus pergi ke tempat yang lebih tinggi. Selamatkan nyawa anda dulu daripada kereta.
Bahayanya banjir ni adalah bila kita tidak tahu berapa kedalam banjir tersebut dan risiko kereta dihanyutkan air jika paras air terlalu tinggi. Air setinggi lebih kurang 6 inci sudah cukup untuk mencecah bawah kereta dan menyebabkan kereta hilang kawalan dan boleh terbalik! Paras air sekaki (lebih kurang 30cm) sudah boleh terapungkan kereta kalau lebih lagi, kenderaan boleh hanyut.

Jalan-jalan yang ditenggelami air itu dianggap tidak boleh dilalui oleh:

-Kenderaan ringan sekiranya paras banjir sedalam 0.35m (14") di permukaan jalan.
-Semua kenderaan sekiranya paras banjir meningkat sedalam 0.76m (2'6") di permukaan jalan.

Tips selepas redah banjir : 
 
  • Merentasi banjir boleh membahayakan sebahagian tali kipas dan menyebabkan enjin kenderaan rosak.Kesan kerosakan boleh dirasai dalam masa satu hari apabila enjin kereta sukar dihidupkan pagi keesokan paginya dan apabila hidup, ia berjalan tidak lancar menyebabkan kenderaan terpaksa dibawa ke bengkel. Ya, inilah yang terjadi pada kereta aku selepas aku mengharungi banjir walaupun tak delah lama mana.
  • Walaupun menukar beberapa komponen seperti palam pencucuh dan membuat pelarasan atau mencuci enjin, masalah sama tetap berlaku. Malah, selepas beberapa minggu, kereta masih lagi meragam dan beberapa komponen lain pula didapati rosak. Hopefully kerosakkan lain tak terjadi pada kereta aku. Mekanik kata kena tukar starter. Melayang RM 220 tak termasuk GST. Tu pun baru starter recond!
  • Air hujan mengandungi asid dan kotoran halus termasuk lumpur yang jika memasuki bahagian enjin boleh menyebabkan karat serta meningkatkan pergeseran apabila bercampur dengan minyak pelincir dan minyak gear.
  • Jika enjin kenderaan terendam di air walaupun cuma beberapa saat, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan semua minyak pelincir seberapa segera dan menggantikannya dengan yang baru. Usah berani mengambil risiko 'menggunakan khidmat' minyak pelincir yang sedia ada dalam enjin kerana ia boleh merosakkan kelicinan dinding kebuk sehingga akhirnya satu persatu komponen lain turut rosak. Penukaran minyak gear tidak sepenting minyak pelincir tetapi anda dinasihatkan menukarnya kerana minyak gear yang kotor akan menyebabkan pergeseran pada gigi gear.
  • Perlu diingat, kerosakan tidak berlaku dalam tempoh yang singkat, tetapi menjangkau beberapa tahun selepas itu sehinggalah anda mula menyedari enjin kenderaan anda 'makan duit'. Jauhkan aku Ya Allah.
  • Penapis minyak pelincir mesti ditukar kerana minyak pelincir yang bercampur air lumpur mungkin tersedut dalam penapis berkenaan dan akan bercampur pula dengan minyak pelincir yang baru.
Aku tak pasti engine kereta aku masuk air or tak, esok pagi nak kena check minyak engine semua tu dulu. Hopefully minyak engine cantik je tak jadi teh susu/pink susu. Berdoa sangat-sangat yang air tak masuk engine. Ya Allah, bantulah hambamu ini.

credit : blog krissauto


yang perempuan tu kena ambil lah juhak tahu bab-bab kereta ni ye.. 





Thank You For Reading This Post ! Komen lah sikit =)

You Might Also Like

6 comments

  1. Kereta kalau dah redah dan masuk air memang bahaya dari segi jangka panjang. Ramai yang terpaksa menjual kenderaan sebab kos pembaikan yang tinggi dan kerap rosak. Sebab itulah jangan sesekali beli kereta yang dijual dengan terlalu harga murah (tidak mengikut harga pasaran) walaupun ianya masih lagi model baru, mesti ada udang di sebalik mee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah risau jugak. Awal2 pagi dah check minyak2 keta... Tapi tgok elok je xda jadi teh susu ke.. Enjin pun bleh start... Igt nk try bawak dulu seminggu b4 pegi mekanik... Nak tgk kereta ada jadi jerking tak..sbb smlm saya g tau mekanik keta redah banjir...terus dia soh tuka starter..takut jugak kena tipu..yelah pompn kan.. Pndgn awk mcm mana?

      Delete
  2. As Salam. Hye ! (",) Actually, ain pernah harungi keadaan dlm banjir ni. Sgt menakutkan. Tapi kalau dah harung tu, paling penting jgn terlepas tekan clutch kereta. Kalau terlepas memang habis. (",) Thank you sharing this entry. Nice. ♥

    ReplyDelete
  3. Bagus tips ni, bukan semua tahu. Thanks yer

    ReplyDelete