5 Filem Bollywood Terbaik Yang Anda Wajib Tonton

Wednesday, July 13, 2016

Arjun Rampal
siapa suka Arjun Rampal, angkat kening.
Assalamualaikum and namastee ! 

5 Filem Bollywood Wajib Anda Tonton | Memandangkan entri ni dah lama tersadai dalam draft, maka hari ni aku publish kan juga. CUKUP la kot entri raya dari aku.Walaupun topik filem bollywood agak lame dan ramai orang dah buat, but still here is my first Bollywood review! Aku bukanlah peminat tegar filem-filem hindustan, terutamanya filem-filem yang baru. Tapi saja nak menulis sebab baru saja lepas tengok filem Bajirao Mastani (ok ini dah lama, kah kah kah) . So kepada sesiapa yang tak keluar berlibur, boleh la kalau boring-boring layan hindustan. ye dok?

Ini merupakan 5 filem Bollywood yang terbaik bagi pandangan aku.

5 Filem Terbaik Bollywood Wajib Tonton


PK (peekay)
Filem yang agak kontroversi sebab menyentuh isu keagaamaan. Si PK, manusia alien, yang mencari tuhan dengan pertanyaan-pertanyaan simple. Contohnya PK membeli tuhan patung dewa ukuran kecil bagi mengabulkan permintaannya. Ahh, tengok sendiri lah ...



3 Idiots
Filem yang mempunyai pelbagai mesej yang kita boleh jadikan pengajaran. Menyentuh isu pendidikan, boleh la kita kaitkan dengan sistem pendidikan Malaysia yang juga berasaskan peperiksaan ~ hafalan. cough kpm, kptm cough



Bajrangi Bhaijaan
Merupakan filem yang sangat menyentuh emosi sampai tahap boleh menangis lah ! Filem yang menceritakan tentang perbezaan antara Islam dan Hindu - India dan Pakistan. Filem yang sangat menarik ! 


Baca juga :




Bajirao Mastani
Filem yang menceritakan tentang love-triangle zaman empayar Mughal. Rasanya kisah cinta ni lagi epik dari kisah cinta ramlal&pogo yang hampa semua dok tengok sampai 3 kali tu! tak paham betul ! klise !! Dalam filem ni kita boleh belajar mengenai adat resam dan politik di zaman kerajaan Mughal. Kalau Dilwale cinta di halang sebab orang tua, filem ni lagi best; cinta terhalang sebab agama dan rakyat! Epik kan ? 




Taare Zameen Par (Like Stars on Earth)
Aku rasa ni filem pertama kot yang lari dari klise filem Hindustan. Tak tahulah kalau ada yang lain sebelum ni.. heheh. Filem yang mengisahkan prejudis masyarakat terhadap seorang kanak-kanak penghidap disleksia. Google sendiri cari maksud disleksia, jangan malas 


Maaf lah takde cerita Dilwale korang dalam ni. Nampaknya 3 dari 5 filem ini adalah lakonan Ace Khan - Aamir Khan. Semua filem di atas bagi aku mempunyai mesej yang baik dan lari daripada klise Bollywood. 


P/s: sebab ni entri lama saja nak update filem salman khan dengan kareena kapoor - Kyon Ki sumpah best!! Tak percaya p tengok kaih..


P/s: awat laa aku malas gila nak p hantaq laptop bengkel..ka ada orang nak sponsor laptop baru?? Hewhewhew


Thank You For Reading This Post ! Komen lah sikit =)

You Might Also Like

6 comments

  1. semua dah tgok kecuali bajirauu tuu,kena cari ni ;D

    ReplyDelete
  2. Bajirao (betul ke eja ni) mcm kena tgk je sbb jln cite mcm tak klise mcm ehem dilwale yg disukai ramai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehemmm dilwale...ahahha dilwale best lagu jek...

      Bajirao lebih kuang cinta agung mcm devdas laaa...hahah

      Delete
  3. bajirao tu ada juga download tapi xtengok. hahaha.

    ReplyDelete