10 Idea Untuk Baju Raya 2016

Saturday, May 21, 2016

Idea Baju Raya 2016

10 Idea Untuk  Baju Raya 2016 | Assalamualaikum and hello there! Kemain nak baju raya dah, puasa pun belum. Tapi persediaan raya kenalah buat awal kan? Walaupun sekarang sudah agak  terlewat untuk menempah baju raya but fret not, korang boleh jadikan entri ini sebagai rujukan  atau inspirasi bila time nak shopping raya nanti.  Jom baca shopping guide ni.

Untuk hari raya pertama, mesti korang nak baju yang lebih sopan dan ayu kan? Yelah, hari raya pertama selalunya kita akan berkunjung ke rumah sanak-saudara. Jadi kenalah lebih sopan dan manis. Orang tua tengok pun sejuk je hati kan. So apa kata kalau untuk hari raya pertama korang pilih baju kurung yang lebih ringkas dan lembut warnanya. Tapi tidak salah juga untuk tampil lebih glamour. Mungkin korang boleh inspirasikan baju-baju ini bila nak bershopping nanti. 

*picture credit to Instagram yang disebut.

#1. Minimalist
 
Idea Baju Raya 2016
 Maybe this year theme should be soft blue. Cantiknyeeeee. 
 
 
Kalau korang nak effortless cantik di pagi raya, boleh lah korang pertimbangkan untuk mengenakan baju kurung berkonsepkan minimalis sahaja. Selain nampak ringkas, korang akan nampak manis sekali. Serlahkan kecantikkan korang dengan makeup ringkas dan nipis. Mesti bakal mak mertua tersenyum suka. Auchh~ 
 
 
#2. Kontemporari
 
Idea Baju Raya 2016
 
Elemen tradisi batik dengan sentuhan kontemporari. Cantik kan?  Masih hangat from last year trending, Untuk mencipta gaya ini, korang boleh juga mix and match  blouse/baju kedah/peplum korang dengan kain batik kipas/duyung/princess or kain batik mak korang je. Mesti korang akan kelihatan cantik manis macam cik lisa surihani kita ni. Baju lisa ni from batikbyhuda. Kalau berminat bolehlah singgah website diorang. 
 
 
#3. Kimono Wrap style
Idea Baju Raya 2016
 
Mungkin kimono wrap style ini jugak korang boleh pertimbangkan sebagai busana hari raya nanti. Dengan warna dan perincian yang menarik pasti akan menyerlangkan lagi kecantikan korang di pagi raya.  Bayangkan korang tengah hidangkan kuih raya ni, then kawan korang puji, manisnya kau Scarlet Johansson. ehhh.
 
 
#4. Black Baju Kurung
Idea Baju Raya 2016
 
Well, aku rasa baju kurung warna hitam pun cantik kalau korang gayakan di hari raya. Mungkin family korang yang lebih berusia akan beranggapan warna hitam ini tak sesuai untuk meraikan kemenangan dan keceriaan Aidil Fitri. Tapi, sekarang dah ramai yang berani menggayakan all black pada hari raya! Boleh lihat info di IG Liyana Jasmay untuk baju ini.
 
 
#5. Glam
Idea Baju Raya 2016
Lawanya laaa kalau pakai macam ni di pagi raya kan? Warna merah yang garang akan menampakkan si pemakai yang glamour dan anggun. Pasti semua mata tetamu tertumpa pada korang.Sesuai juga untuk korang pergi open house kan? Kalau tak sempat tempah tahun ini, boleh lah tempah untuk raya tahun depan ye... heheh
 
 
#6. Motif Paisley
Idea Baju Raya 2016
 
Aku memang penggemar corak parsley. Tak perlu sarat dengan aksesori, corak parsley akan membuatkan korang effortlessly pretty! Aku gemarkan potongan modern dengan princess skirt macam yang Nora Danish pakai ni. Kalau nak yang sebijik macam yg ND ni pakai boleh la terjah IG Nora Danish untuk lebih info mengenai OwlbyND 
 

#7. Motif abstract
Idea Baju Raya 2016
 
Malas nak explain panjang, corak abstarct selalunya akan membuatkan si pemakai kelihatan sofisticated dan anggun gitew. Aku lebih gemarkan simple abstract macam gambar kat atas ni. Wehh warna hitam lawa kan kalau pakai di hari raya? Stunning! Tetiba tak sabar nak shopping raya.
 
 
#8. Geometric Element 
 
Idea Baju Raya 2016
 
Mungkin korang nakkan sedikit kelainan dan kelihatan chic di pagi raya? Why not korang cuba baju kurung bermotifkan geomatri macaam verticle/horizontal line atau corak-corak geometri yang lain. Baju yang Che Ta ini adalah salah satu koleksi ROZITACHEWAN X RAYA COLLECTION FOR TESCO. Boleh la korang pergi usya-usya kat Tesco berdekatan. Untuk info lanjut korang boleh stalk IG  Che Ta, dia ada update info kat situ. 
 
 
#9. Casual Raya
 
Idea Baju Raya 2016
 
Dah penat sepagian melayan tetamu, maybe korang boleh tukar ke casual look untuk jalan-jalan petang raya kan?  Mix and match je untuk create your own casual look. Banyak blouse/top/palazo/skirt yang lawa-lawa sekarang ni. Tak susah lah nak create casual look di hari raya macam si cantik Neelofa ni kan? 
 
 
#10. Dress/Jubah
Idea Baju Raya 2016
 
Dress and jubah memang cantik digayakan. Sopan dan tidak ditelan zaman. Apa kata tahun ni korang pakai dress/ jubah pulak sebagai tema raya tahun ni. Banyak jubah/dress yang cantik-cantik kat pasaran sekrang. Paling letops dan hangat sekarang mestilah dari LeeyanaRahman X Elrah Exclusive. Rambang mata aihh tengok baju-baju depa! 
 
 
p/s: dah shopping raya belum? 
p/ss: tahniah Dr Fatin Liyana & Dr.Anwar fazal atas kelahiran baby girl, Ajda
 
 Thank You For Reading This Post ! Komen lah sikit =)

You Might Also Like

11 comments

  1. cantiknya baju raya..fatin tak beli baju raya lagi hehe mujur awak post entri ni ada idea nak beli apa nanti untuk raya! hehe :D
    zaeti dah beli baju raya? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak aih typo tang nama awak! maafkan saya, zety :(

      Delete
    2. hahaha no worries fatin, typo sket2 xde hal lah, zety pun x beli lagi ni...sempat usya2 jek dulu..,

      Delete
  2. baju raya belum ada lgi ni, thank you bagi idea untuk raya nanti

    ReplyDelete
  3. elsa punya yang macam nombor 1 yay hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah jeles, mcm no 1...zety suka sgt yg no 1 tu

      Delete
  4. bagus juga ada perkongsian macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau rajin zety wat versi lelaki pulak..hehe =)

      Delete