5 Perkara Wanita Bualkan Tentang Anda

Thursday, May 05, 2016


5 Perkara Wanita Bualkan Tentang Anda |Assalamualaikum and hello there!  So, apa kata malam ni aku bongkarkan apa yang selalu girls bincangkan atau beritahu kawan mereka mengenai anda pada bff mereka. ( ya, awak la - teman lelaki,suami ) Mesti curious kan nak tahu apa sangat la yang girlfriend korang selalu sembangkan pasal korang. Hmmm, kalau nak tahu teruskan membaca rahsia ni.


Bila in relationship, mostly girlfriend korang ambil tahu serba-serbi pasal korang. Bila aku cakap serba-serbi, mean ever-ty-thing — diri korang, orang sekeliling, apa korang buat tak kira lah kalau korang berada 1000 batu dari mereka pun mesti mereka ambil tahu juga. Perkara yang korang sedang buat mahupun perkara lampau!  yupp termasuklah your exSSS ! Pendek kata, semualah. Woman is the best stalker when it comes about you. muehehehe. Walaupun maybe kedengaran sedikit mengerunkan tapi percayalah, 9/10 penyebabnya adalah kerana teman wanita korang care pasal korang. Betul! Walaupun tak semua wanita akan tunjukkan, tapi diam-diam mesti dia ada siasat sedikit sebanyak mengenai anda. So, beware!

Ok cukuplah intro yang panjang berjela. Bila nak sampai dekat points nye? hahah.. ok keep on reading, kat bawah ni je.       
     

5 Perkara Wanita Beritahu Teman Mereka Mengenai Anda

(tidak mengikut urutan)                       

#1. Tahap 'annoying' dan 'kegilaan' anda


Korang mesti interpret kan maksud 'annoying & gila' tu dari segi makna yang paling lembut tau. hahaha..Sesuatu perhubungan cinta itu sendiri sebenarnya sukar dan banyak manis-masam-masin. Sifat-sifat yang mungkin kita anggap sedikit comel pada awal perkenalan yang membuatkan kita jatuh cinta boleh perlahan-lahan menjadi most annoying things! Contohnya kalau kuat cemburu itu permulaannya nampak romantik, tapi lama kelamaan mungkin tak romantik lagi, itu dah romampos.. ehh..hahha. So, perangai-perangai 'annoying' macam ni selalu jugak lah di share dengan bff.

Tapi hakikatnya, apa yang perempuan beritahu kawan mereka mengenai anda adalah kebanyakkan yang baik-baik sahaja. Jaranglah perempuan nak bagitau bestfriend dia perangai-perangai tak senonoh korang macam pakai jeans setahun tak basuh, kasut bau busuk and so on.

#2. Fakta mengenai anda, keluarga dan teman-teman anda

Ya, ini memang perkara yang akan dikongsikan dengan bestfriend mereka. Mereka akan kongsikan bertapa kool nya anda, bertapa baiknya/garangnya family anda, bertapa comelnya adik perempuan anda, dan kawan-kawan anda yang kool dan yang kerek. Normally mereka suka bualkan tentang anda sambil tukar-tukar story gittew. 


#3. Sex, Honestly

Topik ni bukan perkara biasa bagi yang baru bercinta, ia bagi yang dah lama bercinta or yang dah kahwin. (^_-) . Normally bila perempuan tu settles into a relationship (serious), the sex talk between her and her friends kind of just, well, stops. Untuk kurang awkward kena type english. kahkahkah.

Topik ini selalunya lebih kerap dibincangkan oleh perempuan yang sudah berkahwin lah. Memang selalu jugak aku dengak akak-akak ofis sembang topik ni... kadang-kadang naik malu jugak aku dengar. hehhehh.

Tetapi bagi wanita yang belum berkahwin bila bercakap mengenai seks, tidaklah begitu details, its just a hints tetapi normally conversations macam ni end up very quickyly dan akan bertukar kepada topik no #1 balik. hahaha.


#4. Duit Anda

Mungkin korang terkejut kan? Tapi, kami perempuan ni takde lah bercakap or care pasal duit korang sebagaimana yang korang bayangkan. Nope!Bila kami bercakap tentang nak settle down, stabil, bekerjaya semua tu bukanlah kami mencari yang kaya tetapi kami melihat kepada potensi diri anda, macam mana anda merancang dan komitmen! Bukan berapa 0000 dalam bank korang tau!

Maksud aku perempuan selalu bercakap bertapa mereka mahukan seseorang yang at least ada pendapatan yang tetap- bukan lelaki yang pemalas. Seseorang yang mempunyai matlamat dan wawasan. Kenapa matlamat? - sebab perempuan ingin membina masa depan bersama korang lah. Tetapi kalau anda menganggap wanita hanya melihat kepada kekayaan anda, malangnya anda silap besar! (hmmm, ok maybe ada jugak, tapi tak semua perempuan memandang harta) So, we do talk about your money, your job with our girlfriends.  Yup, sad truth, wang boleh membuatkan sesuatu berlaku secara semulajadi, it’s part of the equation; get over it. It’s how the world works. Yelah, macam korang jugak lah mesti tak leh lari dari stare at our chest bila bersembang kan, macam tu jugak lah perempuan mesti tak boleh lari daripada melihat kestabilan kewangan korang (ingat potensi!) apabila mempertimbangkan korang sebagai life partner.

pheww penat nak oleh bab ni. 


#5. Masa Depan Bersama Anda

Yupp, macam yang korang jangka kan. Ini adalah topik yang pasti akan dikongsi bersama teman rapat si perempuan.

Secara semulajadinya bila kita dah menghabiskan banyak masa dengan seseorang dan perasaan kita berkembang lebih mendalam, so kita akan melihat kepada gambar yang lebuh besar bak kata omputeh looking at the bigger picture gitteww. Jadi yeah , perempuan akan bercakap tentang perkara-perkara best yang berlaku and how do they feel, gambaran yang dia nampak bersama korang sebagai putera raja . and maybe kadang-kadang kami ni advance sket, bercakap mengenai cincin , perkahwinan idamaan and benda-benda merapu yang selalu perempuan cakap. heh..

********************************************************************************
Dapatlah disimpulkan yang bestfriend diorang ni selalunya dah ada tanggapan awal terhadap korang. Bermula dari perbualan awal sama ada korang ni baik ke tidak hinggalah ke break­up plan (timelines, follow-­up texts and all), dan selalunya mereka dah ada ramlan awal tentang perhubungan korang, sama ada akan berkekalan or breakup di tengah jalan. hew hew hew.

Jadi jika korang rasa seperti rakan-rakannya mengetahui terlalu banyak mengenai anda, ia mungkin teman wanita anda kerap berkongsi dengan mereka. But it's only awkward if you make it awkward, so just let it go and move on. 
Thank You For Reading This Post ! Komen lah sikit =)

You Might Also Like

0 comments