10 Jenis Fobia Yang Musnahkan Kehidupan Sosial
Friday, May 27, 2016Kenali jenis-jenis fobia | Assalamualaikum and hello readers! Aku menulis entri ini sebab aku ada satu fobia. Tapi sekarang bila dah masuk dunia pekerjaan ni, hampir keseluruhan fobia ni dah hilang. Walaupun kadangkala fobia ni menjengah diriku tanpa diundang...damnnn you fobia. Fobia apakah itu? jeng..jeng..jeng. Jom kenali jenis-jenis fobia di bawah. Adakah anda menpunyai fobia ini?
1. Panphobia
Juga dikenali sebagai omniphobia. Perasaan takut pada sesuatu yang tidak diketahui. Contohnya macam kita tengok pintu, then perasaaan takut datang seolah-oleh kita rasa ada sesuatu yang buruk akan datang dari arah pintu tu. Orang yang menghidap fobia ini akan selalu berasa cemas.
Kerana sentiasa cemas, maka ia boleh mengehadkan pengalaman baru kepada si penghidap. Ia juga boleh membawa kepada kemurungan dan penghidap akan cuba untuk mengasingkan diri dari public.
2. Hypnophobia a.k.a Somniphobia
Penghidap merasa cemas untuk tidur. Kebiasaannya disebabkan kerap mengalami mimpi buruk ketika tidur. Disebabkan tidur adalah sangat penting dalam kehidupan manusia, penghidap fobia ini tidak boleh elak dari tidur. Kekurangan tidur boleh membawa kepada kemurungan dan kesepian. Lebih teruk, ada yang boleh membawa kematian. Wahh! takutnya.
Aku ingat lagi, lepas aku tengok movie Nightmare on Elm Street (2010), aku jadi takut untuk tidur. Nasib baik kejap jek efek movie ni. Movie ni pun lebih kurang hypnophobia lah.
baca entri : Perchance to Dream
3. Decidofobia
Menurut Prof Jerman, Walter Kauffmann, Decidofobia adalah rasa takut untuk membuat keputusan. Kauffmann menggambarkan, Decidofobia muncul akibat
seseorang takut untuk mencari kebenaran. Penderitanya lalu akan menyerahkan
kuasa tersebut terhadap authoriti tertentu.
Kalau keluar dengan member tanya nak makan dekat mana semua tak nak decide, adakah diorang ni decidofobia?? hmmm
Kalau keluar dengan member tanya nak makan dekat mana semua tak nak decide, adakah diorang ni decidofobia?? hmmm
4. Telephonophobia
Fobia untuk bercakap di telefon ! Ramai kawan-kawan aku yang tak percaya yang aku ada masalah ini. Aku sering rasa cemas dan nafas jadi pantas bila aku terima panggilan telefon. Tapi fobia aku ni hanya untuk orang yang aku tidak pernah atau jarang bercakap telefon sahaja. Kalau time study dulu, memang aku jarang nak angkat call orang. Sebab takut. Berdebar-debar rasa.
Mesti korang rasa pelik kan? Tapi sumpah rasa takut nak angkat telefon. Aku lebih selesa untuk face to face berbanding bercakap telefon! Sebab aku rasa face to face ni boleh tengok reaction. Tapi since dah bekerja ni, selalu kena deal dengan clients dan orang yang tidak dikenali. So, fobia aku ni pun dah hilang. yes !!
Mesti korang rasa pelik kan? Tapi sumpah rasa takut nak angkat telefon. Aku lebih selesa untuk face to face berbanding bercakap telefon! Sebab aku rasa face to face ni boleh tengok reaction. Tapi since dah bekerja ni, selalu kena deal dengan clients dan orang yang tidak dikenali. So, fobia aku ni pun dah hilang. yes !!
Memang fobia ni akan efek pada social life lah sebab telefon kan sangat penting sekarang. Lain lah kalau tahun 1800 yang tak da lagi telefon kan. Siapa ada fobia ni?
5. Ergophobia
Kondusi yang menyebabkan rasa takut tak wajar akan pekerjaan atau persekitaran kerja. Jenis fobia ini biasanya kombinasi dari rasa takut akan beberapa hal, termasuk di antaranya takut gagal mengerjakan tugas, takut berbicara di depan umum, takut bersosialisasi dan takut mengalami tekanan mental akibat situasi di lingkungan kerja.
6. Agoraphobi
Fobia ni tak terikat untuk kawasan lapang sahaja tapi untuk tempat-tempat baru yang tidak dikenali juga.Mereka yang ada fobia ini selalunya akan berasa takut dan tidak selamat. Mereka akan hadapi risiko "house bound" iaitu mereka lebih suka tinggal di dalam rumah bagi mengelakkan kebimbangan yang dicetuskan oleh keadaan ini. Jadi fobia ini boleh mempengaruhi kehidupan sosial mereka.
7. Nomophobia
Haaa, kalau telephonophobia, takut bercakap telefon, nomophobia pulak ialah rasa takut berlebihan jika tidak memiliki akses pada telefon bimbit ! hurmmm...Tapi fobia ini masih belum dibuktikkan secara saintifik.
8. Philophobia
Dari semua jenis ketakutan, philophobia dianggap paling menyedihkan. Dari dunia medik, fobia ini adalah rasa ketakutan untuk jatuh cinta. Ekoran itu, mereka akan mengasingkan diri dan tersisih. Biasanya philophobia terhadi ekoran pengalaman masa lampau dan keadaan sekelilingnnya.
9. Social Phobia
Kebimbangan ini khusus melibatkan interaksi sosial. Pesakit takut untuk pergi kepada pihak atau mana-mana perhimpunan sosial kerana ketakutan yang kuat bahawa orang akan berfikir mereka bodoh atau pelik. Ia satu perasaan yang ramai orang boleh mengenal pasti dengan, terutamanya mereka yang mempunyai untuk bercakap di khalayak ramai. Lebih buruk lagi, petakutan ini meningkatkan rasa takut untuk berinteraksi termasuk kegagapan , berpeluh dan merah kemalu-maluan.
10. Haphebhobia
Sebagian orang menderita jika disentuh orang lain. Rasa takut akan
sentuhan ini dalam dunia perubatan disebut Haphefobia. Seseorang itu ada yang
dilahirkan dengan Haphefobia. Sementara buat sebahagian kecil, rasa takut
itu muncul akibat trauma ekoran diperkosa atau ganguan seksual.
Penderita Haphefobia akan merasa panik jika disentuh. Beberapa kes ada yang tidak boleh bernafas dan mual.
Thank You For Reading This Post ! Komen lah sikit =)
8 comments
Huwaaa info yg sangat bagus! Kenapa rasa mcm almost ada semua phobia tu ek?😅😅
ReplyDeleteeyyhhh biar betol, tipu laaa,,,heheh
Delete2,4 & 9. Tapi no 2 tu paling top 😅
ReplyDeleteye ke claudy ...mayb takut sket je kot..?
DeleteFatin yang no 4 tu . Hahahah kelakar gila kot Fatin rasa Fatin ada fobia tu. Sampaikan orang call pun takut-takut nak angkat, terutama sekali nombor yang tak dikenali la. hehehe :D
ReplyDeleteBut now dah ok. Dah berjaya atasi. Yayyyy! :D
xsangka pulak, ada yang ada fobia no 4 tu jugak..
Deletetapi skg pun kdg2 kalau diberi pilihan zety lebih suka berdepan berbanding fon call... hhahah..pelik pelik sungguh
thanks for sharing sis :* dalam banyak banyak tu ada yang kena dengan Elsa hehe
ReplyDeletesatu lagi gang, Tropophobia
ReplyDelete