5 Tanda Kita Bertuah Tanpa Disedari
Sunday, May 01, 20165 tanda anda bertuah tanpa disedari | Assalamualaikum and happy labor day ! Mungkin ada sesetengah orang memang dilahirkan dengan kesenangan bak kata omputeh born with a silver spoon in his mouth. Pernah tak korang terfikir yang sebenarnya korang adalah insan yang bertuah? 5 tanda ini membuktikan sebenarnya korang adalah seorang yang bertuah tanpa korang sedari.
1.Makan, minum , tempat tinggal
Sebenarnya tidak perlu memiliki berjuta-juta ringgit untuk berasa bertuah . Kalau kita dapat makan nasi bila lapar, ada air untuk minum bila dahaga atau boleh tidur tanpa berpanas dan berhujan, kita sebenarnya seorang yang bertuah! Apa yang kita anggap sebagai 'keperluan' mungkin merupakan 'kemewahan ' bagi sesetengah orang yang lain. Jangan ambil mudah perkara-perkara kecil yang kita miliki mungkin suatu hari nanti kita boleh kehilangganya. Hentikan merengek atau cemburu dengan apa yang orang lain miliki. Sebaliknya, hargai apa yang kita ada . Bersyukurlah walaupun untuk perkara-perkara kecil. Berfikiran positif akan membantu kita mencapai keputusan yang lebih besar dalam hidup kita. Ayuh kita sama-sama positifkan diri dan terus berusaha mencapai impian kita. =)
2. Mempunyai pekerjaan
Suka atau tidak, wang merupakan satu perkara paling penting untuk hidup di dunia ini. Agak mustahil sekarang untuk hidup tanpa wang, lagi-lagi kita hidup dalam zaman kapitalis. Betul tak? Jadi, jika anda mempunyai pekerjaan, tidak kiralah kecil atau besar, anda merupakan orang yang bertuah. Kerana, masih ramai orang yang menganggur. Graduan yang mengganggur pun bersepah sekarang. Jadikan pekerjaan sekarang sebagai pengalaman untuk terus maju dalam kehidupan anda.
3. Pengalaman hidup
The longer you live, the more
interesting things you find out about yourself and the world surrounding
you. Lebih banyak peluang-peluang yang akan ada untuk korang.Jadi kita bertuah sebab masih bernafas sehingga sekarang untuk merasai lebih banyak peluang-peluang baru.
4. Menyayanyi dan disayangi
Perasaan cinta dan kasih sayang membuatkan dunia ini lebih indah. Kasih sayang terhadap keluarga, kawan-kawan dan insan istemewa. Korang seorang yang bertuah bukan?- mempunyai keluarga yang menyayangi dan mengambil berat, mempunyai kawan-kawan yang sentiasa ada, dan mempunyai insan istimewa untuk meluahkan rasa cinta. Kita akan menjadi insan yang lebih baik apabila kita menyayangi dan disayangi. Tak percaya? yelah, kita akan sentiasa fikirkan baik buruk sesuatu perkara yang dapat memberi kesan kepada kesayangan kita . Selain itu kita perlu belajar menerima diri kita seadanya.
5.Terokai sendiri dunia ini
5.Terokai sendiri dunia ini
Terdapat lebih daripada 7 bilion orang di planet ini. Setiap daripada kita adalah unik. Jadi kita perlu bersedia untuk meneroka dunia luar! Lihat sekeliling, banyak perkara kita boleh belajar daripada orang di sekeliling kita. Kita bertuah sebab boleh terokai dunia dengan cara kita sendiri. So, kita kenalah berfikiran terbuka dan bersedia untuk menerima perbezaan. Kalau kita ignorant ianya hanya akan membuat kehidupan kita kurang bermakna dan kurang menarik. Jadi kita perlu mantapkan diri dengan ilmu tetapi humble pada masa yang sama. Tak rugi pun untuk menjadi seorang yang merendah diri malah kita akan lebih disayangi dan dihormati jika kita bersikap merendah diri.
p/s: aku tertarik dengan kata-kata aiman azlan dalam rancangan Into Taqwa (TV Al-Hijrah), if we know that we are all slave to Allah, we wouldn't dare to be arrogant. Look at the meaning of sujud, when we put our head at the lowest ground, we are the closest to Allah. We are actually at our highest when we are in the lowest position
p/s: aku tertarik dengan kata-kata aiman azlan dalam rancangan Into Taqwa (TV Al-Hijrah), if we know that we are all slave to Allah, we wouldn't dare to be arrogant. Look at the meaning of sujud, when we put our head at the lowest ground, we are the closest to Allah. We are actually at our highest when we are in the lowest position
So, we are lucky right?
8 comments
Betul tu, bila kita bersyukur, automatik semuanya akan menjadi cukup :)
ReplyDeletebetul tu fatin, walaupun kadang-kadang zety ada la jugak merungut dan rasa bad luck tapi bila look at the positive side, tu semua dugaan yg buatkan hidup kita lebih bewarna...tak gutu..ahakss =p
DeleteAssalamualaikum zaitie, so far I'm lucky enough.. Serba-serbi cukup seperti di atas. Peluang hidup yg ada hanya untuk perbaiki mana yg kurang.. ;-)
ReplyDeletewaalaikumussalam, betul tu.. mencari peliang untuk memperbaiki mana yg kurang =)
Deletealhamdulillah...suka baca entry ni...moga kita sentiasa lbhkan bersyukur compare ngan merungut..insyaallah..
ReplyDeletethanks sudi baca
DeleteNice entry. so I'm lucky enough, aye? XD
ReplyDeleteyup, of course you are!
Delete