Review Vivo American Pizza & Panini - Sedap Ke?
Saturday, June 04, 2016
Review Restaurant Vivo American Pizza & Panini | Memandangkan my sister datang menyemak kat bilik sewa aku this weekend, so aku yang malas nak bercanda hingga ke kotaraya Kuala Lumpur hanya memilih untuk mengentertain dia di sekitar Shah Alam sahaja. So, here is my another food review. Cautious ! This entry may contain saliva dropping pictures. kohkohkoh !
Amacam? meleleh air liur tak? |
Yupp, aku bawa my sis pergi Aeon Mall Shah Alam jurrr sebab dekat. Pickup my sis dekat Batu 3 then bawa pergi Aeon dengan harapan nak beli Spicy Ramen hat orang dok buat challenges tu lah. Nak test jugak betul-betul pedas ke or drama je lebih kan? Ok Skip to review. Memangdangkan semua restoran penuh je ngan manusia (maybe nak qada makan sebelum puasa kot) akhirnya masuk Vivo je lah sebab orang tak berapa ramai and price pun affordable. Kalau masuk Red Lobster kang tersemput plak bajet baju raya...hihihi
seafood aglio olia, chicken lasagna, baked fish spaghetti , ice cream choc & hot cappucino |
Tbh, this is my first time nak cuba makan dekat Vivo American Pizza & Panini restaurant. Sebelum ni tengok Vivo tak rasa nak masuk pun. Lepas fikir-fikir-gelak-gelak-belek-belek akhirnya weolls order makanan macam kat atas ni. Disebabkan perut agak lapar, aku tak nak order pizza sebab takut tak kenyang.
Normally untuk spaghetti aku suka order aglio olio/bolognese or white sauce tu jer but harini sesaja try order Baked Fish Spaghetti. Ah sumpah lah sumpah!! sedap weiiii, korang kena cuba. Isi ikan yang lembut, sedap, banyak pulak tu. Ditambah pula dengan sos keju yang creamy, dibakar dengan sungguh sempurna dan dihidangkan panas-panas. pergh memang meleleh lah ! Peh peh, meleleh tak air liur korang? Kalau korang peminat tegar something creamy and cheesy and fishy this is a perfect menu for you! Aku rasa aku boleh makan menu ni forever. haaa over tak?
Untuk Seafood Aglio Olio pula very presentable. Amount seafood pun banyak. But for taste wise pula bagi aku biasa-biasa sahaja. Not that bad but not the winning menu for today sebab... Baked Fish Spaghetti ni dah winning my heart giteww.
Menu yang ketiga kitaorang order ialah chicken lasagna. Just taste like normal chicken lasagna jurr. Bagi aku lasagna di Pizza Hut ataupun di Secret Recipe sedap lagi la. Tapi yang bestnya lasagna ni didatangkan dengan salad! I love salad jadi boleh la extra point kat sini.
Untuk drinks plak, bagi aku yang memang pencinta kafien ni, haruslah ada secawan kopi panas. My sis go for ice blended chocholate kalau tak salah aku lah. Nice jugak. Kesimpulannya, Baked Fish Spaghetti memang sedap wei, ni pun dok meleleh air liur lagi ni sambil menaip.kohkohkoh
Guess what? terlupa terus nak cari Spicy Ramen!
Btw, kami tawaf juga PKNS/SACC/PAS. Before balik sempat la aku grab dua baju. Yang tu aku review next entry lah.
Outlet : Vivo American Pizza & Panini, Aeon Mall Shah Alam
Taste wise :8.5/10
Taste wise :8.5/10
Price wise : affordable
Repeat : Yes ! will try pizzas menu plak
Comment: Worth my money & my tummy is happy!
Comment: Worth my money & my tummy is happy!
5 comments
ahhhhhh Nampak sedap lah zety. now I'm hungry haha. claudy juga pencinta kafein tau ;) btw, makan berdua tapi order lebih dari 2 pual eh xD
ReplyDeletemakan banyak haruslah order lebih..hahah ..yg lebih tu sharing is caring =)
Deletewaah... enaknya.. jadi pingin, padahal lagi puasa XD
ReplyDeletepuasa ni memang tak boleh than bila tengok makannan XD
DeleteSedapnyaaaa lasagna :')
ReplyDelete