Pengalaman Baru di Bulan Ramadhan

Tuesday, June 07, 2016


Pengalaman Baru Bulan Ramadhan | Assalamualaikum and hello my dear readers. Sedar tak sedar kita dah masuk bulan ramadhan. Kejap je kan masa berlalu. Rasa macam baru je sambut raya. Pantas sungguh masa berlalu. Kadang-kadang menyebabkan aku rasa takut sebab masa pantas sangat tetapi pencapaian hidup pulak bergerak perlahan.


Tahun ini merupakan tahun pertama aku berjauhan dengan keluarga ketika bulan Ramdhan selepas tamat belajar. Sebelum ni aku kerja di Penang, so selalu je balik untuk berbuka bersama keluarga tapi tahun ni berpuasa di perantauan lah. hehe. Apa yang baharu bagi korang untuk Ramdhan pada kali ini? 

Perkara yang baharu bagi aku adalah Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang pertama aku berbuka di masjid. Kalau sebelum ini mesti berbuka di rumah tapi kali ini lain sikit. Memandangkan housemate aku memang sudah biasa berbuka di masjid, jadi dia mempelawa aku untuk join sekali. Aku pun join lah. Nak feel sendiri berbuka di masjid. Kalau sebelum ni kita makan moreh je, haa kalini aku berbuka sekali.

Apa yang best berbuka puasa di masjid? 

Serius cakap lah, aku memang tak pernah berbuka di masjid, so aku mulanya agak segan (malu) dan rasa kekok sikit. Yelah tak biasa kan....Sebab aku berjanji untuk jumpa dengan housemate aku di masjid je, so nak dijadikan cerita aku yang sampai dulu. Masa tu aku tengok khemah berbuka untuk perempuan dah mula ada orang walaupun belum ramai. Aku awkward giler weh, yelah aku ni takde lah baik mana kan...so rasa macam...errr krik krik krik tak reti nak bersembang. Aku just salam-salam then duduk sambil menunggu kawan aku sampai. Selamatlah tak lama lepas tu dia pun sampai. 

Ok, apa yang best berbuka di masjid ni? Serius cakap, suasana dia lain beb! lain sangat. Best! Rasa tenang and tak terburu-buru. Maybe sebab alunan bacaan ayat suci buat suasana tenang je. Aku pun takde la rasa lapar sangat. Kalau kat umah dah tak sabar-sabar tunggu nak berbuka. Meja penuh dengan makanana. Kalau boleh satu bazar nak borang. Lols. Aku macam otomatik behave sket, tak rasa gelojoh nak makan sangat. Bila Azan magrib kami pun berbuka. Aku berbuka dengan kurma dan 2 biji kuih macam tu jer. Kenyang dah rasa. Kalau kat rumah mau melantak sampai terbongkang. Nak sembahyang pun mengah. Tapi kat masjid, lepas berbuka (mengalas perut) terus berjemaah untuk magrib dulu. After magrib barulah berbuka dengan makan yang lebih berat. Orang kata santap rohani dulu baru fizikal giteww. 

One more thing yang best berbuka di masjid, of course lah makan free. Bila makan free kau boleh lah jimat sket kan. Tapi kau bawa lah kuih singgit dua kan...Orang kata buat buah tangan. heheh.. Tapi kalau kau tak bawa pun takde orang marah. Kau still leh berbuka di masjid.So kalau korang nak share ifttar or moreh yang best -best kat masjid sekitar Shah Alam and Klang Valley tinggalkan komen kat bawah ok. Kalau rajin leh la aku terjah. 

All in all aku rasa ini merupakan pengalaman yang baharu dan menarik bagi aku.  Itu jelah nak update untuk entri sempena ramadhan. Bagi yang belum try, boleh la cuba.

Korang ada pengalaman baharu di bulan ramadhan ? Jom kongsikan di ruangan komen dibawah.





 
Thank You For Reading This Post ! Komen lah sikit =)

You Might Also Like

12 comments

  1. Seronok berbuka dkt masjid kan. Feel dia lain..
    dlu masa zaman study, pernah juga dgn kawan kawan buka dkt masjid. seronok btul makan dalam dulang. Meriah.. n rasa silaturrahim tu erat sgt. Hehehe
    Salam ramadhan dear. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok juga aina... feel dia mmg lain.. satu lagi yg buat best sbb kita anticipate apelah menu berbuka harini..heheh...

      Delete
  2. Betul! Sama dgn aina jugak. Rindu nak makan dalam talam :') masa study je merasa smua tu. Dah hbis ni mmg tak la nak bebuka di masjid.dkt rumah jadgn family

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..pernah makan dlm talam masa sekolah fardhu ain je...sekarang kalau nak makan dalam talam leh le g masjid takpun buat je makan dalam talam ngan family members..hehe =)

      Delete
  3. Assalamualaikum zety,

    Salam Ramadhan diucapkan.. Biasanya kalau di Shah Alam mereka berbuka di Masjid Negeri.. Meriah juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah next weekend boleh la try kalau xde aral =) thx for suggestion

      Delete
  4. dulu masa mula2 kerja, selalu gak berbuka kat masjid kat area Bangi.. yg best nye, diorg akn minum sikit & mkn tamar dulu, then, terus solat maghrib berjamaah... after that barulah balun...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berbuka kt masjid macam tertib sket kan...kalau kat umah melantak dulu..heheh

      Delete
  5. blog u cantik....suka baca setiap bait huruf tersusun je....should learn something with u

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh my, I ni baru je berkecimpung, pujian ni sangat tinggi but i take it as encouragement to do better. tq dear =)

      Delete