Pandangan Mengenai Filem Ada Apa Dengan Cinta 2 Dan Ciuman Rangga

Monday, May 16, 2016

AADC2

Saturday Outing and Review AADC2|  Assalamualaikum and hello peeps! Aku percaya ramai yang dah tengok Ada Apa Dengan Cinta 2 kan..? Memandangkan sebelum ni pun aku ada tulis yang aku akan review tentang filem lejen ni, so here my honest review about Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2).  Yaaa ampun! Rangga ganteng sekali 
Semalam (Sabtu) aku keluar liburan sama teman setelah penat semingguan di ofis. Kami singgah di  Times Square untuk mengisi perut di Boat Noodles. Q agak panjang before nak dapat seat. So sempat la jadi Nora Danish jap. Snap 3, 4 keping gambar. Ada seorang service crew  muka macam Jericho Rosales chuolls !

Once dapat seat, belek-belek menu terus order . But what make us frustrated, order sampai lambat even few tables after kitaorang pun sampai dulu ordernya.  Tapi still chill and we try to submit our second order. This time wrong order arrived!  Geram jugak la kan, dah la lambat, order salah,  tak cukup kuantiti pulak tu. Other than that,semuanya ok ja. Tapi terkejut jugak sebab serving size dia agak banyak. Aku ingat sikit je. But my partner in crime pun kata yang serving size dekat TS outlet ni memang banyak... so, ok lah jugak tak sampai lagi 2 bowl pun - kalau tak boleh senak juga perut nak sumbat.

perapan ayam dan sos dia memang sedap. total damage 10 bowls
        
After makan, kami  gerak pula ke KLCC sebab nak tengok AADC2 kat  TGV @ 6:45pm....pehal lah gigih sangat kan? Kenapa tak tengok je kat GSC dekat TS tu. LOL!  Actually aku ada dapat free advert pass from TGV  so kenalah cari TGV. Sebab tu gigih! Lagipun aku memang suka tengok movie dekat TGV sebab selesa & I love Popcorn Royale.  But halfway atas monorail rasa macam nak tukar plan sebab macam rushing sangat and rasa tak sempat sampai KLCC on time. So patah balik ke KL Central untuk menuju ke pangkal jalan, kitaorang balik ke stesen batu 3 and terus drive balik rumah untuk Magrib and Isyak. After that plan balik untuk midnight movie je dekat Sunway Pyramid. So drive je ke sana.  Tak zabarrr nak tengok Rangga.




http://spitoutkata.blogspot.com/2016/05/tonton-ada-apa-dengan-cinta-2.html

Waktu movie korang pun mesti  nak kena ada something untuk kunyah kan? kali ini  takde Royale Popcorn but burger from Chill*X Dinner ; Classic Cheese Burger & Euro Beef Burger & fries. Sumpah Euro Beef Burger sedap nak mamps!! Gruyère cheese and caramelized onions dia yang menyebabkan sedap gilerr burger nie. CCB pun sedap gak, tapi bagi aku EBB lagi sedap! Kalau korang belum cuba, wajib cuba tau!  Perfect tanpa korang perlu tambah sos!

taraaa, #AADC2

AADC2

jebon betoi! snap nama Nicholas Saputra dan Dian Satrowardoyo tak menjadi pula!


Date dengan Rangga pada pukul  00:00


Ok ni baru nak review AADC2. Maaflah melalut panjang kat atas sebab lama dah tak tulis fresh entri.

Review Filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2)


AADC2 ini bolehlah dianggap sebagai filem legendary. Mempunyai pengikut dan peminat yang tersendiri sejak dari era AADC lagi. Disebabkan filem berstatus lejen dan banyak mengimbau zaman muda remaja pengikut filem ini, maka tidak hairanlah filem ini menjadi bualan hangat walaupun sebelum ia ditayangkan lagi.  Tapi, best ke filem ini?

Filem ini bolehlah dibahagiakan kepada 3 bahagian filem. Bahagian 1 menceritakan status kehidupan sekarang Cinta, Rangga, dan teman-teman Cinta; Milly, Maura, Carmen. Bahagian 2 pula lebih menfokuskan kepada Cinta dan Rangga. Kenapa Rangga meninggalkan Cinta sehingga 9 tahun lamanya. Bahagian 3 pula peleraian dan konlusi filem. Secara jujur aku sangat menyukai bahagian 2 filem ini. Deep conversation antara Cinta dan Rangga. Aku jatuh cinta sekali lagi dengan kegantangan Rangga dan suara deep Rangga. ahhh machooonyaa!

Lakonan Rangga sangat bersahaja dan menjiwai watak dengan baik. Penyampaian watak miserable memang boleh nampak melalui raut wajah Rangga. Bahasa Inggeris Rangga pun sedap banget!! Rangga masih seorang lelaki yang puitis banget. Puisi-puisi Rangga masih indah. Cinta pula dalam AADC2 menampakkan perwatakkan seorang wanita yang lebih matang berbanding didalam AADC yang lebih keanak-anakkan. Namun Cinta masih cintakan seni. Nampaknnya Rangga, Cinta dan teman-temannya Cinta juga melalui proses penuaan. Tapi, still gojes dan hensem ja Cinta dan Rangga ni. Malah aku suka dengan sosok Rangga yang sekarang, Nampak kelakian dan kemachooannya giteeww..heheh

hek eleh, kenapa TGV cut scene kissing?

So, bagi aku filem ni mendapat 4/5 bintang ! Bagi yang tidak follow AADC, jangan risau sebab tiada scene flashback dalam AADC2, jadi boleh faham je. Selain unsur lejen dalam filem ni yang berjaya menangkap jiwa aku, cinematography memang lawa, terasa nak fly ke Yogjakarta sekarang jugak untuk rasa kopi yang cakap banyak tu. hehehe. Watak Milly pun sangat fun menyebabkan kerap kali apnggung bergema dengan ketawa penonton. So, bagi korang yang belum tengok, pergi la tengok cepat.



AADC2
nah belanja sekeping lagi Cinta Rangga



p/s: agak-agak bila nak makan cendol durian ni? hujan pulak sekarang.




Thank You For Reading This Post ! Komen lah sikit =)

You Might Also Like

13 comments

  1. elsa tengok 3 kali sebab kawan mengajak hahahahaha. apa apa pun memang best hee

    ReplyDelete
  2. wah..macam bebetui best jee citer ni.. aihh.. semangat pulak nak tengok =)

    ReplyDelete
  3. tak tengok lagi..!
    Tapi cerita ni mmg kegilaan satu masa dlu. Ada pulak sambungan..rasa nak terjah wayang skrg jugak. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kegilaan sgt kam dgn rangga waktu highschool dulu.. Cpt la g tgok

      Delete
  4. untunglah.. tgk ada apa dengan cinta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best best... Tapi ost aadc2 xberapa menangkap.. Cpt le g tgok..

      Delete
  5. Tunggu Astro First jela alamat nya..Hehehe !!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pun boleh..tapi kalu nk g wayang ada lagi skg xsalah la.. hehe

      Delete
  6. rasanya tak sempat nak tengok di wayang dah...tunggu main di tv jela...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgok kt tv ngan family pun best jugak :-)

      Delete
  7. Oh I havent watch this movie sebab org kata sgt cliche (?) hukhuk. Btw, returning the favor 😋

    ReplyDelete