Hala tuju selepas SPM? Alternatif yang ramai tidak tahu [Bhg.1]
Sunday, March 06, 2016
Entri
kali ini berkaitan dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang
baru sahaja diumumkan. Tahniah bagi meraka yang berjaya mendapat
keputusan yang cemerlang dan bagi yang kurang berjaya, jangan berputus
asa !
Mungkin
entri ini boleh membantu anda atau sesiapa sahaja kenalan anda yang
masih tercari-cari hala tuju selepas SPM . Berikut merupakan kupasan
mengenai pilihan laluan kerjaya selepas SPM.
"Even seemingly little decision can end up being a life - altering for us. So choose wisely "
Matrikulasi, Asasi, Diploma atau STPM? Kebanyakkan orang memang sudah terdedah dengan pilihan-pilihan ini selepas SPM. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang anda perlu nilai sebelum membuat pilihan?
Matrikulasi
Kebiasaanya,
program ini ditawarkan kepada pelajar yang cemerlang / baik dalam
keputusan SPM. Ada 3 pilihan cabang iaitu Sains , Perakaunan dan
Teknikal. Ia biasanya mengambil masa selama 1 tahun (2 semester) .
Kenapa Perlu Memilih Matrikulasi?
#1. Jalan pantas untuk ke peringkat Ijazah
#2. Dibiayai oleh Kementeria Pelajaran Malaysia. NO hutang PTPTN . yeayyy!!
#3. Konsep pembelajaran masih sama seperti SPM. *
spoon-feed.hehe (terpulang anda mahu anggap kelebihan @ kekurangan)
#2. Dibiayai oleh Kementeria Pelajaran Malaysia. NO hutang PTPTN . yeayyy!!
#3. Konsep pembelajaran masih sama seperti SPM. *
#1.
mahukan cabaran dan anda yakin anda mampu mendapatkan pointer yang
cemerlang. Sekiranya anda gagal untuk survive di sini, agak sukar untuk
anda menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya dengan menggunakan
result ini. Mungkin anda perlukan medium lain untuk menyambung pelajaran
anda- diploma
#2.mahukan pembelajaran yang mencabar dalam suasana separa universitI
#2.mahukan pembelajaran yang mencabar dalam suasana separa universitI
Asasi / Foundation
Sebenarnya
Asasi atau Foundation ini konsepnya hampir sama dengan Matriks. Cuma
yang berbeza adalah tempat belajar & pengkhususan pembelajaran.
Kenapa Perlu Memilih Asasi / Foundation?
#1.Memberi persediaan asas ke peringkat seterusnya
#2.Persediaan asas yang khusus kepada bidang yang dipilih
#3.Jalan pantas untuk ke peringkat Ijazah
#4.Kos pembelajaran yang rendah dan anda mendapat elaun
#2.Persediaan asas yang khusus kepada bidang yang dipilih
#3.Jalan pantas untuk ke peringkat Ijazah
#4.Kos pembelajaran yang rendah dan anda mendapat elaun
#1.Sudah mempunyai pilihan bidang yang ingin di ambil di peringkat Ijazah
#2.Merancang untuk menyambung Ijazah di universiti yang sama
#3..Mahu jalan pantas yang mencabar untuk menyambung ke peringkat Ijazah
*
A sad truth about Matriks dan Asasi/Foundation ialah ia tidak mempunyai
nilai bagi memohon pekerjaan. Sijil SPM adalah lebih laku sekiranya
anda hanya berhenti di peringkat ini.
Tingkatan 6 (STPM )
Masih berkonsepkan seperti SPM - school based.
Ramai yang menolok pilihan ini disebabkan faktor pemakaian dan masih
perlu ke sekolah. Tetapi bermula sesi persekolahan 2015, kod etika
pemakaian pelajar Tingkatan 6 telah diperbaharui. Jadi, pelajar tidak
lagi dipaksa untuk memakai uniform ke sekolah . Kod Etika.
Kenapa Perlu Memilih STPM ?
#1.Yuran yang tidak membebankan.Biasiswa juga ditawarkan
#2.Diiktiraf seluruh dunia
#3.Pilihan pengajian yang lebih terbuka
#4.Boleh menduduki semula peperiksaan bagi subjek yang gagal
#5.Sijil yang bernilai berbanding Matriks/Asasi/Foundation untuk memohon pekerjaan

STPM adalah pilihan yang tepat jika anda,
#1.Mahu pembelajaran yang berkos rendah
#2.Mahu suasana pembelajaran yang mencabar tetapi masih berkonsepkan sekolah
#3.Mempunyai matlamat untuk masuk ke universiti awam
#4.Masih belum mempunyai keputusan bidang Ijazah yang ingin di ambil
#2.Mahu suasana pembelajaran yang mencabar tetapi masih berkonsepkan sekolah
#3.Mempunyai matlamat untuk masuk ke universiti awam
#4.Masih belum mempunyai keputusan bidang Ijazah yang ingin di ambil
Diploma
Pengajian
yang berdurasi 2 - 3 tahun sama ada di IPTA, IPTS, Kolej, Politeknik.
Pengajian agak lama, tapi sekurang-kurangkan bila tamat belajar, sijil
Diploma anda layak digunakan untuk memohon kerja dengan lebih baik.
Kenapa Perlu Memilih Diploma?
#1. Belajar dengar khusus secara asas dan lebih mendalam.
#2.Pembentukkan soft skills yang lebih baik kerana pembelajaran diploma seakan-akan Ijazah. Mempunyai latihan industri.
#3.Boleh memohon kerja dengan sijil Diploma.
#4.Jika anda menyambung ke peringkat Ijazah, peluang kerjaya lebih banyak. Untungkan?
Diploma adalah pilihan yang tepat jika anda,
#1. Sudah mempunyai pilihan bidang yang ingin di ambil
#1. Mahu segera masuk ke dunia pekerjaan sebelum menyambung Ijazah
#2.Mahu belajar secara teori dan praktikal
#3.Mahu syarat kemasukkan yang lebih rendah
#1. Mahu segera masuk ke dunia pekerjaan sebelum menyambung Ijazah
#2.Mahu belajar secara teori dan praktikal
#3.Mahu syarat kemasukkan yang lebih rendah
Secara
peribadi, jika diberi pilihan , saya memilih STPM berbanding 4
pilihan di atas. Untuk nota, saya merupakan lepasan Asasi.
Atau anda tidak berminat dengan semua pilihan di atas? Jom baca apa pilihan alternatif yang anda wajar berikan perhatian. [Part 2]
Thnak you for reading
1 comments
nak nombor telefon
ReplyDelete