Single? choosy atau anda tidak menarik

Sunday, March 06, 2016

sebab masih single

Topik yang sentiasa hangat bagi mereka yang berumur 24++ tahun ke atas yang masih single. Tak kira lah lelaki ke perempuan. Kalau dah masuk umur 24++ topik jodoh mesti antara topik wajib dalam whatssap group, ketika lepak atau bila attend kenduri kahwin.  Tapi topik jodoh ni lebih gemar dibincangkan oleh kaum wanita berbanding lelaki. ...haaaa..setuju tak? 


Soalan-soalan macam kau bila lagi? bila nak kawin? kau ni memilih sangat ni? antara soalan-soalan feveret! 

Sebenarnya apa punca anda masih single? Jom semak, anda tergolong dalam kategori mana.


#1. Mr.perfect / Ms.perfect

Haaa.. dikategorikan sebagai choosy.  Semuanya nak kena sempurna. Dari rupa paras, fizikal hingga ke perwatakkan. Memang idak ler jumpenye.  Anda terlalu mementingkan ciri-ciri idaman. Dan senarai ciri-ciri idaman tu pulak sampai berkajang-kajang. Kalau macam ini lah gayanya teruskan lah bermimpi ibarat bulan jatuh ke riba. Because nobody is perfect. Tapi normally si empunya diri tak kan mengaku yang dia dambakan si Mr.perfect/Ms.perfect.  Eh... terasa?  So, kalau korang tak nak forever alone, korang kena buang sikap ni.


#2.EX ! EX ! ex ! ex !

 Idealizing pasangan yang lalu. Sentiasa membandingkan dengan pasangan lalu.. Itu sebab kenapa susah nak mulakan perhubungan yang baru.  Jadi kau kena Move On. Ramai lagi yang lebih baik berbanding Ex kau.

 #3. Takut komitmen

Ramai juga yang lebih selesa berkawan daripada mempunyai hubungan yang serius. Semuanya kerana merasakan terlalu pentingkan personal space. Kalau dah berhubungan ni , bertolak ansur tu perkara paling penting. Tapi disebabkan kau jenis yang lebih sukakan kebebasan, jadi kau lebih selesa memilih untuk menjadi single. Tapi bila kau dah bersedia untuk menjalain hubungan serius, usia kau pulak dah meningkat. Masa tu skop pilihan dah semakin mengecil. Haaaa...itulah antara punca kenapa kau masih single.



#4.I have a target!

Sesetengah orang yang masih single walaupun umur dah meningkat adalah disebabkan mereka masih belum mencapai target yang telah ditetapkan. Contohnya, target kerjaya, kewangan ataupun fizikal. Ada orang target bila dah ada kerjaya stabil baru nak cari pasangan. Ada yang target bila dah ada rumah baru nak cari pasangan dan...ada juga yang target bila dah kurus/ dah cantik/ dah hensem barulahhh nak cari pasangan. Ehhh...! betul ke ada yang macam ni??


sebab masih single

#5. You play too hard to get !

Kau selalu berpura-pura sibuk atau tidak berminat padahal kau sebenarnya minat. Bukan tak boleh nak jual mahal. Tapi janganlah jual mahal sangat sampai orang akan mula hilang minat. Yelah, sapa yang tak penat tunggu game jual mahal kau sampai 4 tahun?! Tapi ladies ni selalunya nak kan kepastian. ..yeke??



#6. Unattractive!

Unattractive ni bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi ada jugak yang dari segi personaliti. Mungkin anda perlu semak semula personaliti anda. Mungkin ada antara personaliti anda yang menolak daya tarikan diri anda. Contohnya, anda suka gelak/bersembang dengan kuat di kedai makan, suka mengeluh, tidak yakin diri. Jika anda merasakan anda tidak menarik dari segi fizikal. Cubalah untuk memperbaiki.  Ingat. Cantik itu subjektif.



#7. Cantik/Hensem tapi single

Kategori ni sebenarnya mungkin adalah disebakan pandangan orang terhadap diri anda. Kebanyakkan orang yang cantik/hensem yang masih single adalah disebabkan oleh orang takut nak dekati dengan alasan aku tidak layak/ mesti dah ada yang punya/ mesti playboy/playgirl. Haa, disebabkan persepsi macam ini lah punca anda masih single. Jadi anda perlu mencari inisiatif untuk memperluaskan kenalan anda.  Bagaimana? Mungkin melalui kenalan atas kenalan .. tak pun melalui social application- facebook,beetalk, wechat, etc. Kalau berani cuba anda yang mulakan dulu.



#8. Belum tiba masanya

Haaa, ini jawapan paling selamat.  Walaupun nampak macam nak sedapkan hati, tapi ini merupakan salah satu penyebab utama kenapa anda masih single walaupun usia dah meningkat. Percayalah Allah mempunyai perancangan yang terbaik untuk anda. Yakin pada perancangan Allah. Tidak semestinya orang yang tidak mempunyai pasangan itu tidak akan bahagia. Jadi tunggu dan berdoalah semoga jodoh anda dipercepatkan.

Thank You for reading !


You Might Also Like

0 comments