Hala tuju selepas SPM? Alternatif yang ramai tidak tahu [Bhg.2]

Sunday, March 06, 2016


Assalamualaikum, 
Seperti yang telah dijanjikan dalam entri semalam, hari ini saya akan kongsikan pula mengenai alternatif-alternatif  yang ada sebagai panduan  dalam memilih hala tuju selepas SPM.
Bagi mereka yang masih belum membaca kupasan mengenai pilihan popular selepas SPM, sila baca di sini.


Entri ini ditulis sebagai rujukan kepada adik-adik lepasan SPM mengenai pilihan alternatif yang mereka ada. Sejujurnya, saya juga kurang atau tidak mengetahui pilihan-pilihan alternatif ini selepas saya tamat SPM dahulu. Jadi, saya rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat tentang perkara ini supaya anda  mempunyai pilihan dan maklumat yang lebih baik  sebelum membuat keputusan.

Berikut adalah 4 pilihan alternatif selepas SPM yang anda perlu tahu ;


#Alternatif  1- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Anda boleh  memohon untuk menyambung pelajaran dalam latihan separa perubatan yang ditawarkan oleh pihak SPA sama ada yang bertaraf sijil mahupun diploma. Pelbagai bidang kursus yang boleh dipohon melalui portal SPA. Untuk maklumat lanjut, baca di sini.

Kebiasaanya ramai tidak tahu bahawa anda boleh meneruskan pengajian dengan medium SPA. Kebanyakkan beranggapan SPA ada medium untuk memohon kerja dengan kerajaan sahaja, 

Kebiasaanya, peluang pekerjaan di jamin selepas tamat latihan ini.


Alternatif 2 - Sijil Kemahiran & Profesional
Anda juga boleh cuba untuk mendapatkan sijil-sijil kemahiran @ profesional yang ditawarkan oleh organisasi @ akademi tertentu seperti NIOSH , IKBM, ALAM, sekolah penerbangan dan lain-lain. Kebanyakkan syarat yang di letakkan adalah berbeza dan tidak bergatung kepada pencapaian akademik.

Jadi anda boleh memilih kursus-kursus praktikal yang anda minat !


#Alternatif 3 - Kerja (5 tahun pengalaman)
Anda boleh juga boleh memilih untuk terus bekerja selepas tamat SPM. Pengalaman bekerja anda ini boleh digunakan untuk memohon Ijazah pertama melalui saluran alternatif -  pembelajaran sepanjang hayat.

Siapa cakap hanya boleh sambung belajar sejurus tamat SPM. 


#Alternatif 4 - "A Gap Year"
Sekiranya masih buntu, pertimbangkan untuk berehat selama setahun! Trend ini  sememangnya popular di barat dan disebut sebagai gap year . Dalam tempoh ini, anda boleh belajar atau mengasah bakat baru selain akademi. Mungkin anda boleh menjinakkan diri dalam fotografi, penulisan, pertukangan ataupun kemahiran hidup yang lain. Anda juga boleh jadikan gap yeap anda sebagai tempoh untuk anda meneroka dunia yang baru seperti melancong!

Jack Harries adalah contoh youtuber dan blogger popular yang mencipta nama dan kerjaya dengan alternatif ini ! Baca sini sebagai inspirasi

Jangan lupa untuk tinggalkan pandangan anda & kongsikan entry ini !



You Might Also Like

1 comments