#WWT NO.1 Trending Di Twitter
Thursday, March 10, 2016
Actually post ni aku tulis semalam, untuk auto publish pagi tadi, tapi schedule aku silap set pulak. Masa lepak-lepak kat twitter, ada naik kat timeline pasai North Thunder. Jujur cakap la, aku pun tak berapa tahu sangat pasal isu ni. Malu dengan tahap isu semasa sendiri. Bila abah cakap je, aku buat bodoh je. WWT No.1 di Twitter – North Thunder.
So, aku baca sket pasal hal ni, manalah nak tau kalau-kalau ada orang tanya nanti, takdalah nampak sangat bengapnnye tu.
Kat bawah ni ada ringkasan sikit, tapi kalau tengok picture kat atas tu pun dah boleh tahu, what is North Thunder all about. Pihak lawan dengar nama Thunder pun dah boleh gerun.
Apa itu North Thunder?
- Kerjasama dari segi ketenteraan yang disertai oleh 20 Negara-negara Arab & Islam.
- Tujuan utama untuk tingkatkan tektik & cara tempur dan kesediaan untuk misi keselamatan dan kestabilan rantau.
Aku paling suka point yang "sebagai kenyataan tegas North Thunder yang mereka telah bersatu dan bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan”
Menurut sumber-sumber tidak rasmi, kira-kira 150,000 askar, 2,540 pesawat pejuang , 20,000 kereta kebal, dan 460 helikopter akan mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan terbesar dalam sejarah rantau ini - sumber: wikipidia
Wah, banyak tu. Kalau dari dulu negara-negara Islam ni bersatu kan bagus. Negara Islam memang banyak kat dunia ni, tapi tak kuat macam negara Barat. Kalau Negara-Negara Arab sendiri bersatu dan tak pro Amerika, rasanya Obama pun takut.
Tapi mesti ada yang takut bila Malaysia join misi ni, risau takut akan bawa mudarat and kesan negetif dalam hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat terutamyan. Memang ada pun yang cakap Malaysia masih belum bersedia untuk sertai misi ketenteraan seumpama ini. Yelah, selama ni pun Malaysia ni mengamalkan dasar berkecuali kalau hal-hal ketenteraan macam ni. Aku ni tak pandai sangat nak ulas-ulas politik ni. Ada yang kata Malaysia join sebab nak balas budi 2.6B...ermmm..apa pandangan korang?
Korang boleh lah baca di blog chegubard atau ABNA untuk bacaan lanjut.
Bye, ada kerja!
0 comments